Jan 08, 2025 6PM
Tiada rancangan label Bali sebagai destinasi pelancongan halal
Bali komited menjadi destinasi pelancongan unggul dunia yang mengetengahkan keindahan budaya tanpa perlu berkompromi terhadap tradisi dan ciri-ciri khasnya.
Justeru, Bali Tourism Board (BTB) menolak sekeras-kerasnya pelabelan atau penggunaan konsep pelancongan halal untuk Bali.
Ketua Bali Tourism Board (BTB), Ida Bagus Agung Partha Adnyana berkata ia sejajar dengan kenyataan rasmi wakil Menteri Pelancongan dan Ekonomi Kreatif Indonesia yang berkata Bali tetap akan mempertahankan identitinya yang berakar pada kearifan lokal dan kekayaan tradisi.
Ketua Bali Tourism Board (BTB), Ida Bagus Agung Partha Adnyana berkata Kementerian Pelancongan dan Ekonomi Kreatif tiada perancangan label Bali sebagai destinasi halal
“Wakil Menteri Pelancongan menyatakan bahawa perbincangan berhubung isu pelancongan halal di Bali sudah selesai.
“Tidak ada perancangan untuk melabel Bali sebagai destinasi pelancongan halal,” katanya seperti dipetik Tribunnews.
Tambahnya, seluruh aspek tarikan pelancong, kulinari dan perkhidmatan pelancongan mencerminkan keunikan tradisi lokal yang menjadi daya tarikan utama.
BTB tolak pensijilan halal pada produk mahupun layanan tradisional Bali yang tidak sesuai konsep
Ida yang mesra disapa Gus Agung berkata, BTB juga menolak pensijilan halal pada produk atau layanan tradisional Bali yang didapati tidak bersesuaian dengan konsep.
“Meskipun menghormati kepelbagaian agama pelancong termasuk yang Muslim, Bali tetap menyediakan layanan mesra Muslim tanpa mengorbankan identiti budaya pulau ini,” katanya.
Bali tetap menyediakan perkhidmatan mesra Muslim tanpa perlu mengorbankan tradisi dan budayanya
Ida yang mesra disapa Gus Agung berkata, melestarikan kearifan lokal dan budaya Bali menjadi keutamaan dalam menjaga kelangsungan pusat pelancongan berkenaan.
“Bali akan terus menjadi destinasi inklusif yang ramah bagi semua pelancongan tanpa mengubah tradisi dan budayanya.
Waktu Solat
12 Jan 2025
Waktu solat berikutnya,
Maghrib
pada
19:22